January 26, 2012

Kenapa la cik mawa ni malas gila nak update blog ni ? err baik tutup aje. Hehehe , Saja bertandang di sini . Untuk pengetahuan cik mawa .. saya telah aktif di blog saya sendiri  :D


P/S : TAHU LA CIK MAWA ITU MEMANG BZ ORANGNYEEE , SIBUK STUDY YANG TAK PERNAH HABIH. 

January 10, 2012

 TAHUN BARU,HIDUP BARU.

Harapnya aku tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Dan ayat paling klise kita dengar waktu ini ialah " err cepatnya masa berlalu,aku rasa macam semalam je aku bla bla bla" betul tak ? Setuju ? 
Memang laa betul pun. Mana yang tak betul pun kan?

Dan lagi berapa jam tepat 11 Januari. So, diriku selamat hari lahir :D  Seperti tahun-tahun sebelum ini, insan ini tiada siapa yang mahu kenang. Dan tak perlu hiba kerana sudah terbiasa. 

Entah apa perlu ditaip.Itulah penangan bekerja mungkin.Terlampau workhaholic.Sampai otak berhenti untuk menerima ilham. Dulu setiap kata-kata indah datang dan pergi tanpa di jemput. Sekarang sebaliknya pula. Kadang-kadang sehingga perlu membaca post-post yang sebelumnya untuk menjemput setiap kata-kata indah untuk di taip. Bekukah otak ini? 

Aduhh hati ini memang sukar untuk ditafsir. Rasanya sentiasa berbeza. Biarkan ia.. Makin dilayan memang parah keadaannya.

Tahun ini merupakan tahun kedua aku tinggal di Kedah. Alhamdulillah, ramai adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,makcik-makcik,pakcik-pakcik,tok-tok dan tokwan-tokwan yang mengenali diri aku. Malah student uitm.Pantang je gi kedai,susut jalan orang bertegur sapa. Sebenarnya tak rugi kalau kita menjadi peramah sikik. Haha. 

Permintaan aku untuk tahun ini ialah semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk diri aku. Itu sudah memadai. Selebihnya Allah Maha Mengetahui Segalanya.

Ehm, 19 tahun cukup untuk aku belajar dan belajar untuk menjadi lebih matang.

Akhir sekali , bertuahnyee tarikh birthday sama dengan Datuk CT , 11 Januari :D

* sepatutnya esok keluarnyee update blog ini tetapi esok diri ini kena keja, overtime pulak tu. Takut tak menyempat :) [ain]

December 29, 2011

*Happy End Year-2011*
cak ! bila aku rasa nak menaip,aku menaiplah. Haha , Mawa yang paksa aku update blog. Arghh aku memang terlampau sibuk sejak akhir-akhir ni. Terasa benar kesibukan ini disebabkan aku yang tiba-tiba menjadi workaholic. Ehm nak hidup,kenalah rajin berusaha. Kalau tak , paham sendiri je lah. Alhamdulillah! Tahun 2011 banyak yang aku timba-belajar-harung. Ok,kenapa harus katakan tahun ini tidak baik kan? Dan mahukan tahun yang selepas ini lebih baik ? Tak nak cakap panjang nanti aku boleh menaip sampai berjela-jela. Disini mahu saja aku list-kan beberapa hal-hal tentang aku yang berlaku tahun ni .

*kenapa perlu gundah bila result spm aku memang memberangsangkan dari sebelum ini w/pun tak lah membanggakan sangat dan semestinya aku puas. 
*pneumonia tak pernah ajar aku erti putus hidup.
*anak-anak yatim di Beaufort sangat-sangat sesuatu dan mereka sebenarnya comell.
*kejayaan takkan datang bergolek kalau kita tak mahu memulakannya.
* perasaan malu perlu ada pada setiap manusia dan malu itu jugak janganlah over sangat.
*kejatuhan dan kebangkitan keluarga aku selepas ini membimbing aku untuk terus bersatu.
* bukan wang yang aku cari sebaliknya pengalaman.
* khawin awal bukan cara aku untuk terus matang. 
* berubah untuk menjadi lebih baik dan sememangnya aku sedang mencuba dan terus cuba.
* kawan yang paham aku bisa dibilang jari.
* berita pemergian tok wan aku dan selepas beberapa ketika ibu kawan baik aku , Hafizah amat menyedihkan aku.
Dan yang terakhir ini , aku sedang memikirkan bilakah aku akan bertemu kembali dengan Cik Mawa yang selalu ada di saat aku  memerlukan dia ... 

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK 2012.
-AIN
[TAK SEMUA PERASAAN DAPAT DI TAIP OKAY ?]

December 28, 2011

Kerana kami terlampau sibuk. maaf

rasanya dah dua bulan tak update blog nie..nk wat mcm mna..
sorang tengah kerja sorg tgh belajar...hmm..
walaupun kami jauh antara satu sama lain,
kami tetap saling mengingati..
hargai lah rakan anda tidak kira bagai mana sekalipun
penampilan atau characteristic-nya..(hwehehehee manglish)....
sekian..
MAWA <3 AIN

October 12, 2011

bila aku rasa nak menaip , aku menaip .
kalau mawa masuk universiti , lain pulak dengan cerita aku.
kalau mawa ada hidup dia , aku pun ada hidup aku.
Cuma yang beza , jalan kami tak sama.
So,sebab tadi usha tengok mawa update blog .. jari aku rasa gedik nak menaip jugak.

Alhamdullillah , aku masih baik di suatu sudut di bumi Allah.
Berasa sangat bersyukur sebab diberi kesempatan untuk terus bernyawa.
Harap aku menjadi manusia yang tak rakus.
Harap aku menjadi manusia yang tak lupa sujud.
Harap aku menjadi manusia yang tidak bertopengkan dusta.

INSYAALLAH! INSYAALLAH! INSYAALLAH!

CERITA CINTA ?
Aku masih dambakan cinta Allah , tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
-ain