December 29, 2011

*Happy End Year-2011*
cak ! bila aku rasa nak menaip,aku menaiplah. Haha , Mawa yang paksa aku update blog. Arghh aku memang terlampau sibuk sejak akhir-akhir ni. Terasa benar kesibukan ini disebabkan aku yang tiba-tiba menjadi workaholic. Ehm nak hidup,kenalah rajin berusaha. Kalau tak , paham sendiri je lah. Alhamdulillah! Tahun 2011 banyak yang aku timba-belajar-harung. Ok,kenapa harus katakan tahun ini tidak baik kan? Dan mahukan tahun yang selepas ini lebih baik ? Tak nak cakap panjang nanti aku boleh menaip sampai berjela-jela. Disini mahu saja aku list-kan beberapa hal-hal tentang aku yang berlaku tahun ni .

*kenapa perlu gundah bila result spm aku memang memberangsangkan dari sebelum ini w/pun tak lah membanggakan sangat dan semestinya aku puas. 
*pneumonia tak pernah ajar aku erti putus hidup.
*anak-anak yatim di Beaufort sangat-sangat sesuatu dan mereka sebenarnya comell.
*kejayaan takkan datang bergolek kalau kita tak mahu memulakannya.
* perasaan malu perlu ada pada setiap manusia dan malu itu jugak janganlah over sangat.
*kejatuhan dan kebangkitan keluarga aku selepas ini membimbing aku untuk terus bersatu.
* bukan wang yang aku cari sebaliknya pengalaman.
* khawin awal bukan cara aku untuk terus matang. 
* berubah untuk menjadi lebih baik dan sememangnya aku sedang mencuba dan terus cuba.
* kawan yang paham aku bisa dibilang jari.
* berita pemergian tok wan aku dan selepas beberapa ketika ibu kawan baik aku , Hafizah amat menyedihkan aku.
Dan yang terakhir ini , aku sedang memikirkan bilakah aku akan bertemu kembali dengan Cik Mawa yang selalu ada di saat aku  memerlukan dia ... 

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK 2012.
-AIN
[TAK SEMUA PERASAAN DAPAT DI TAIP OKAY ?]

No comments: