aku akan cuba untuk berubah menjadi lebih baik . Ya, untuk kebaikan :)
UNTUK APA?
K.E.P.U.A.S.A.N
ASSALAMUALAIKUM WBT .
Proses untuk menjadi baik.
Aku selalu berazam untuk menjadi baik atau lebih baik. Perubahan itu sentiasa diperlukan dalam kehidupan seharian kita kan ? Iaitu menjadi baik / lebih baik. Dan bukannya makin buruk/lebih teruk. Baru2 ni sempat aku dengar ikim fm. Proses untuk menjadi baik ialah kita buang sifat sensitive (-) iaitu bersangka buruk atau lebih tepat lagi suka fikir yang bukan-bukan. Aku sendiri pun bukan baik sangat tapi aku ingin jadi baik.Kadang2 tu termakan jugak bisikan syaiton yang suruh bersangka buruk. So, why not kita sentiasa bersangka baik? Caranya adalah mengamalkan 3B [berfikir positif,bercakap perkataan baik,berbuat perkara baik]. Selebihnya ialah kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada. Selalu membandingkan diri kita dengan orang yang kurang sempurna. Aku ingat aku ni malang sangat sebab musibah itu ini menimpa aku tapi tanpa sedar aku tak bersyukur tu. Aku pulak suka merungut. Bila dah 2 bulan ada di rumah anak yatim itu, aku dapat rasakan hati budak2 tu lagi sedih daripada aku. SO STAY COOL AIN OK ?
- ain
No comments:
Post a Comment